Wednesday, 23 February 2011

Fadilat membaca al-Quran

Daripada Abi Musa al-Asy’ari,beliau berkata,Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti al-utrujjah, rasanya enak baunya harum.Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma meskipun rasanya sedap tetapi tiada baunya.”
(Riwayat al-Bukhari)
FADILAT MEMBACA AL-QURAN
          Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. untuk djadikan panduan kepada seluruh manusia. Pengertian dan definisi al-Quran telah disepakati oleh para ulama’ sebagai “kalam Allah yang mengandungi mukjizat,diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ditulis dalam mushaf, dipindahkan secara mutawatir dan pembacaannya dikira ibadah.”
          Al-Quran yang diwahyukan oleh Allah adalah bertujuan untuk memberikan hidayah dan pedoman kepada umat manusia supaya dapat hidup sejahtera di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian adalah tidak wajar bagi seseorang itu hanya membeli dan menyimpan sahaja di dalam almari tanpa dibaca dan diambil pedoman daripadanya.Ada pula hanya mengenal al-Quran pada bulan Ramadhan sahaja, akan tetapi apabila bulan Ramadhan berlalu, maka al-Quran sudah tidak dikenali lagi.
          Sesungguhnya al-Quran itu apabila dibacanya sahaja pun akan mendapat pahala dan ganjaran disisi Allah. Nabi s.a.w. telah menyatakan bahawa setiap huruf dalam al-Quran apabila dibaca akan digandakan pahala sebanyak sepuluh pahala.Nabi s.a.w. juga menyatakan bahawa bukanlah alif, lam, dan mim itu dikira sebagai satu huruf (perkataan), sebaliknya alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.Oleh itu, bagi mereka yang membaca alif, lam, mim sahaja pun akan mendapat sebanyak 30 pahala.
 Begitulah amat banyak ganjaran pahala yang disediakan bagi sesiapa yang membaca al-Quran. Justeru amat malang bagi mereka yang tidak mengambil peluang ini.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran sesungguhnya al-Quran akan memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat.”Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Mereka yang membaca dan mahir al-Quran, ia akan bersama para malaikat pencatat yang mulia. Mereka yang membaca al-Quran tetapi tidak fasih bacaannya dan susah baginya untuk membaca, maka untuknya dua pahala.”
  Tambahan daripada itu, bagi mereka yang menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan harian akan menghasilkan ketenangan kepada jiwa.Tiadalah sesuatu yang lebih membahagiakan daripada ketenangan yang dimiliki oleh jiwa. Apa gunanya harta yang melimpah dan wang yang berjuta-juta sekiranya hidup dalam keadaan sengsara dan gundah gelana.
Ketenangan dan kebahagian sesuatu yang tidak mampu dibeli,ketenangan dan kebahagiaan merupakan anugerah Allah kepada hamba-Nya. Anugerah ini hanya diberi kepada sesiapa yang mengingati Allah.
Ketenangan dan kebahagiaan tidak akan dianugerahkan Allah kepada manusia yang walau banyak mana sekalipun hartanya dan setinggi mana pangkatnya,tetapi tidak mengingati Allah.Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat 28 bermaksud: “Bukankah dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang.”.Antara cara paling berkesan untuk mengingati Allah ialah dengan membaca ayat-ayat suci  al-Quran.
Disamping itu,salah satu fadilat membaca al-Quran adalah sebagai “pengubat hati”. Setiap penyakit ada ubatnya.Namun, ramai yang memberikan perhatian kepada penyakit jasmani dan fizikal sahaja. Apabila salah satu anggota badannya sakit, maka hospital akan segera dicari agar dapat diubati penyakit yang dihadapi secepat mungkin. Akan tetapi, bagaimanakah cara untuk mengubati penyakit hati? Penyakit hati lebih berbahaya daripada penyakit fizikal kerana penyakit ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Apabila penyakit hati menghinggapi seseorang,ia akan merebak dengan cepat sehingga boleh menghancurkan diri seseorang itu di dunia dan di akhirat kelak.
Akibat tidak memberikan perhatian kepada penyakit hati, maka begitu ramai dalam masyarakat islam yang mempunyai penyakit hati yang kronik seperti hasad dengki, dendam, ujub, sombong, takabbur dan sebagainya. Dengan itu,cara yang paling berkesan untuk merawat hati adalah dengan berdamping dengan ayat-ayat Allah melalui kitab suci al-Quran. Seorang tokoh sufi yang bernama Ibrahim al-Khawwas telah menyatakan bahawa ubat bagi hati itu antaranya ialah membaca al-Quran dengan penuh penghayatan dan tadabbur.
Sehubungan itu,marilah sama-sama kita membaca, meniliti serta memahami kandungan dan pengetian yang disampaikan di dalam al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran?Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran?” (surah Muhammad 47:24).
“Ketika anda lupa membaca al-Quran,anda akan rasakan seperti ada perkara yang hilang dalam diri anda. Anda berasa tidak tenang , gelisah dan anda rasa ada perkara ganjil dalam diri anda.Ketika anda tidak dapat menikmati ‘kelazatan’ Quran, anda berasa aneh.Ini menunjukkan anda sudah bertindak balas dengan al-Quran”.
 

15 comments:

  1. salam..anti..ana tertarik ap yang anti post kan..bnyk manfaat boleh di kongsi untuk penbacaan.=)

    ReplyDelete
  2. DALAM BANYAK2 BACAAN, KENAPA ORANG TAK SUKA BACA AL-QURAN?
    1. Tak pandai baca
    2. Malas belajar untuk baca Quran
    3. Tiada minat
    4. Tidak tahu faedahnya
    5. Tak faham
    6. Sudah terbiasa dengan benda2 lagha

    Semuanya adalah alasan sahaja bagi mereka yang tidak mahu mendekati al-Quran. Al-Quran tak boleh disamakan dengan bacaan2 lain atas dunia ni. Sebabnya, Al-Quran itu mukjizat. Ia bukan sekadar bacaan semata2. Walaupun kita tak faham, tetapi kita seronok dan tidak jemu membacanya. Analogi mudah:
    Sejak kecil sampai besar, dah berapa kali anda baca surah Al-Fatihah dalam solat? Tak terkira banyaknya kan? Tapi kenapa tak rasa jemu dan bosan? Pernah dengar ada orang nak tukar bacaan Fatihah dalam solat kepada surah2 lain sebab tak tahan dengan kejemuan membaca Fatihah? Renung2kan dan selamat beramal -> Baca-Faham-Amal-Dakwah :)

    Persoalan saya, saya yakin ramai sudah tahu kelebihan al-Quran ni tapi masih ramai yg tidak beramal dengan kitab tersebut. Ada idea tak macam mana nak tarik orang untuk beramal dengan al-Quran ni? :)

    ReplyDelete
  3. bgus mklumat nie...skurang2nye owg yg xtaw bca al-quran t'tarik jgk nk membacanye...pndangan sye lebih elok klu d'tambah lg mengenai contoh @ kisah2 teladan yang membuktikan kemukjizatan al-quran ini.pape pn best baca mklumat nie...tq yer...

    ReplyDelete
  4. mantapkan lg pembacaan Al-Quran diklngan remaja skrng...perkara in hrus bermula dri kecil lg..nammun peratusan y kurang membca Al-quran dikalangn pemuda pemudi sngat sedikit dibandingkn dngan kanak2..salah siapakah ini???menjadi satu persoalan...pekara nilah yg menyebkan rosaknya sahsiah n akhlak remaja skrng faktornya jauh dr solat n baca Al-Quran..

    ReplyDelete
  5. YUP...SANGAT SETUJU...TAPI BAGI PENDAPAT SAYA...APABILA MELIHAT MASYARAKAT ZAMAN SEKARANG...RAMAI YANG TELAH MENINGGALKAN PEMBACAAN AL-QURAN..YANG MANA MEREKA INI TERDIRI DARI KALANGAN ORANG AWAM..REALITI ZAMAN SEKARANG SEPERTI ITU...

    OLEH ITU, SATU LANGKAH PERLU DIAMBIL BAGI MENDIDIK MASYARAKAT KHUSUSNYA ORANG AWAM YANG TIDAK BELAJAR AGAMA..UNTUK MENCINTAI DAN MENDEKATI AL-QURAN..KHUSUSNYA PARA REMAJA..MEREKA PERLU DIBIMBING DARI BANGKU SEKOLAH LAGI..

    PERANAN INI JUGA HARUSLAH DIGALAS OLEH PEMIMPIN/PEMERINTAH DALAM MEMBUDAYAKAN PEMBACAAN AL-QURAN DENGAN MENGADAKAN PROGRAM2 ILMIAH BERKAITAN AL-QURAN..

    ReplyDelete
  6. so far, nice artikel,bnyk informasi, tp if gunekan bahasa yg lebih ringan, ianya lebih mudah difahami, n wat org lebih dekat utk memahami.. =) goo job bebeh..

    ReplyDelete
  7. Salam sejahtera.

    Daripada saya, tegar untuk mengingatkan ibu bapa, anak-anak ini tegar mengikut jejak langkah mereka. Apa pemikiran, perbuatan, niat, dan segalanya akan mereka jejaki berdasarkan ibu bapa mereka sendiri. Yang baiknya berkurangan, yang buruknya berlebihan. Itulah ganjaran jejak langkah kalian duhai ibu bapa.

    Pelajarilah Al-Quran Al-Kareem bermula sekarang semoga generasi kelak akan tegar bergelar al-Hafiz Hafizah. Andai tidaklah seteguh itu at least, pandai jua anak-anak itu berhobikan Quran Al-Kareem dengan tajwidnya, makhrajnya, lahjahnya, maksudnya dan tarrannumnya. InsyaAllah.. Dampingkanlah diri dengan Quran dan hadis semoga apa yang ibu bapa dampingi akan mendampingi anak-anak kelak. Dan apa yang mendampingi anak-anak akan didampingi cucu-cucu kelak. InsyaAllah.. Semoga berterusan.
    Segalanya harus dengan T.E.G.A.R

    Wallahu'alam.
    Tasbih kifarah.

    ReplyDelete
  8. Faktor paling utama utk situasi sekarang ni adalah biah solehah. Persekiran yg baik akan mendorong manusia melakukan yg baik. Masalahny sekarang di kampus terutamanya kita cenderung kepada biah yg tidak baik dan kesannya kita akan terbiasa dengan benda2 lagha. Maksud saya, benda2 yang melalaikan, yang kurang berfaedah dan tidak mendatangkan pahala atau kebaikan yang banyak.

    Contohnya, dengar radio muzik, tengok movie sampai bengkak, layan facebook sampai lebam, kalau berjalan suka bersembang2, lepak dan segala bagai yang sama waktu dengannya. Faedah pada benda2 tersebut kadang2 tiada, tetapi jadi tabiat kita.

    Apabila banyak sangat benda2 tersebut, maka manusia akan merasa malas dan tak suka baca Al-Quran. Sampaikan Al-Quran pun tidak ada dalam diari hidupnya. Kalau boleh, kurangkanlah benda2 lagha dalam hidup kita. Kalau tak boleh tinggal semua, tinggal sikit2.

    Paling kurang, masa berjalan pergi kelas ke, bawa Al-Quran kecil dan baca. Kalau takut tersepak batu, bacalah apa2 ayat yang anda hafal. Kurang2 Surah Yaasin mesti kita ingat. Kalau tak , bacalah Surah Al-Ikhlas banyak2.
    Nescaya hidup anda hari itu akan menjadi lebih best! :)
    [Saya suka baca Quran kuat2 time bawak motor laju2 sambil bertarannum..kalau brenti kat trafic light stop kejap kmudian smbung balik..hehe :)]

    ReplyDelete
  9. salam..
    artikel yg menarik n sgt bgus..
    banyak fadhilat membaca al-quran ni, tp ye la masyarakat skrg hanya memandang enteng tentang hikmahnya surat cinta Allah ni..
    teruskan menulis..
    -kam-

    ReplyDelete
  10. salam.. saya setuju ngan amincyber..mmg dah rami yang tahu tntg fadhilat Al-Quran n dah banyak dah alat2 berteknologi tggi yang dicipta untuk memudahkan manusia.. tapi kenapa masih sukar untuk manusia untuk baca Al-Quran...persoalan yang sememangnya akan sentiasa bermain di benak.. jadi.. masing2.. tepuk dada tanya iman masing2..

    ReplyDelete
  11. Al Quran sebagai wahyu atau risalah Allah yang terakhir .Dan ia adalah mukjizat yang terunggul jika dibandingkan dengan mukjizat2 rasul sebelumnya.

    ReplyDelete
  12. alangakah eloknya kalau dibaca al-quran itu dgn menghayati setiap makna..:)

    ReplyDelete
  13. syukran atas pekongsian menarik.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikom, apa kata jika anda memasang sistem operasi Sabily. Sabily sendiri diambil dari ayat Al-Quran Surah Yusuf Ayat 108 yang beerti, "jalanku". Didalam Sabily terdapat beberapa perisian Islamik termasuk juga perisian bacaan Al-Quran beserta pembaca dan terjemahan berbagai bahasa. Sambil menggunakannya anda akan berzikir mengikut gerakan di tetikus.
    Mungkin ianya boleh membantu generasi masa kini untuk membaca Al-Quran sambil menggunakan komputer.
    p/s - ianya adalah percuma.

    ReplyDelete